prada and cap ayam - 1st episode

hey guys,,sajer nk wat 'cerpan' (cerita panjang) bersiri..saje nak 'bunuh-masa'..so n idea ak yg da tentu2nya bkn mlalui cara plagiat..plzz do comment..hehhe

Pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Namun pandangan ku hanyalah sepi tak bermakna apa-apa. “yes”, menjawab pada ketukan lembut di muka pintu. Zana, setiausaha ku yang baru 3 bulan bekerja muncul dibalik pintu.

“Miss Syafi, your meeting with Mr. Wong will be on 2. But somehow he changes the place to another cafĂ©, since there’s something he rushes for after that” ku toleh ke arahnya yang berdiri di hujung meja. ‘Baju kurung lagi?ughh,, wlwpon ko sweet but still, I hate that face’. Hari ini aku masih mencemburuinya, namun aku perlu tutup rapi perasaan ku ini. Namun perasaan itu berkecamuk dengan rasa amarah yang datang menyerbu bagaikan menampar seluruh inci wajah ku.

“miss Syafi? Are you ok? Your face seem..”, aku menidakkan dengan sekali gelengan.

“there is nothing!”, aku benci dengar suaranya, melihat mukanya, malah apa-apa sahaja mengenainya. Aku genggam hujung kemeja Prada ku..mengarah mata ku pada kasut Gucci ku..namun apa yang kurang pada ku lagi??

“betul ker Miss ok n?”, pandangan tajamku terarah pada nya. Dengan bibir olesan nipis gincu merah muda entah jenama apa, dengan baju kurung yang ku kira dari pasar malam, dan dengan sandal tebal 1 inci itu membuatkan aku bertambah menyampah melihat muka nya. “Miss Syafi?”

“STOP IT!” suaraku lantang memecah keheningan pagi yang mendung. Ku lihat ada mata-mata yang menjenguk muka pintu ku. “out now! You stupid bitch!” gadis itu nyata terkejut dengan jerkahan ku, hinggakan ku terperasan akan air mata di hujung tubir mata nya tika dia lewat di depan mata ku lantas keluar dari bilik.

Dadaku berombak kencang, mengatur nafas yang kian menggila. Amarahku nyata bukan lagi menyusut malah kian berapi di saat aku melihat lelaki dengan kot jalur hitam menerpa ke arah setiausaha ku. Apa sahaja barang di atas meja, aku lempar ke tepi, lantas ku berlalu pergi. Tiada arah tujuan, tapi asalkan aku bukn disini aku sanggup pergi kemana saja.
Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "prada and cap ayam - 1st episode"

  1. si blogger kerek says:
    January 10, 2011 at 1:24 PM

    miss syafi! haha

    bile nk sambung ni?? da bebulan2 da ni